Ketua SPRM nafi spekulasi letak jawatan, ikrar siapkan siasatan
Ketua SPRM nafi spekulasi letak jawatan, ikrar siapkan siasatan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, beliau tidak bercadang untuk meletakkan jawatan buat masa ini kerana mahu menyelesaikan siasatan suruhanjaya itu.
Abu Kassim berkata demikian ketika mengulas spekulasi bahawa beliau akan dipaksa keluar dari pejabatnya ketika suruhanjaya itu sedang menyiasat kes berprofil tinggi berhubung dana RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan SRC International.
"Saya tidak ada tekanan yang diberi dan saya pun tidak akan berhenti sebab tekanan kerana tanggungjawab ini penting.
"Saya kena habiskan, terutamanya siasatan yang ada sekarang ini," katanya kepada MACC.fm dalam satu wawancara.
Abu Kassim berkata kemungkinan beliau akan bersara adalah perkara yang subjektif.
"Hari ini, saya kata tidak ada permohonan, saya tidak pernah memohon untuk berhenti atau bersara dan sebagainya. Tetapi apa yang berlaku pada masa akan datang, kita tidak tahu.
"Tetapi selagi saya sihat, saya akan terus menerajui SPRM. Tetapi kalau sampai waktunya kalau saya tidak sihat dan keadaan memerlukan saya berehat, itu adalah perkara yang berlainan,” katanya.
Walau bagaimanapun, Abu Kassim berkata bahawa hari itu masih belum datang dan beliau akan meneruskan tugasnya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM buat masa ini.
Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan bahawa Abu Kassim mungkin terpaksa bersara awal atas alasan kesihatan.
Beliau berkata keadaan itu umpama apa yang berlaku ke atas peguam negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail yang dipecat pada Julai tahun lalu.
Dalam temu bual dengan MACC.fm, itu Abu Kassim juga disoal keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengembalikan kertas siasatan berhubung kes SRC International dan ‘derma’ RM2.6 bilion.
Menurutnya, tindakan itu adalah amalan biasa apabila Jabatan Peguam Negara mahu mendapatkan penjelasan lanjut.
Tambahnya, SPRM akan menangani isu-isu yang dibangkitkan berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut mengenai penjelasan yang dicari itu. - Malaysiakini
rePublish Berita Terkini MalaysiaKetua SPRM nafi spekulasi letak jawatan, ikrar siapkan siasatan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ketua SPRM nafi spekulasi letak jawatan, ikrar siapkan siasatan
Reviewed by malaysiaisme
on
8:08 AM
Rating:
No comments: