Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Masihkah anda ingat dengan Ina Naim dan suaminya Mohd Suhaimi Saad? Bukan nak singkap sejarah dan kontroversi lama, inilah 8 foto terbaru Ina Naim dan 4 anaknya

Masihkah anda ingat dengan Ina Naim dan suaminya Mohd Suhaimi Saad? Bukan nak singkap sejarah dan kontroversi lama, tetapi nak ketengahkan info terbaru dan kebahagiaan mereka yang kini mempunyai empat cahaya mata.

"Dengan anak-anak yang semakin membesar, saya sudah punya sedikit ruang dan waktu untuk bergerak di luar, antaranya merancang untuk menyanyi semula.

"Suara saya tidak semerdu mana, tetapi saya sudah ada ‘nama’ dalam industri muzik dan banyak rancangan yang saya serta suami (penyanyi nasyid) sedang rangkakan menerusi syarikat kami, Karya Mosus yang diusahakan sejak 2007.

"Jika orang lain agak sukar untuk membina nama, tetapi saya pula hanya perlu menyuburkan semula bidang yang sudah lama ditinggalkan itu,” ujar Ina, 33, atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim yang kini hadir dengan dua album mini solo berjudul Duhai Hati dan Lukisan Hati.

Menurut Ina, tiada masalah untuknya meneruskan impiannya itu kerana Suhaimi turut merestui kerana suaminya itu tahu dia wanita yang sudah biasa bekerja.

"Rugi jika saya tidak melakukan apa-apa. Apabila kami bersama-sama dapat membina nama dalam industri, banyak yang kami boleh lakukan untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.

"Insya-Allah saya akan ke studio rakaman dalam masa terdekat,” tambahnya.

Sumber: myartis










Masihkah anda ingat dengan Ina Naim dan suaminya Mohd Suhaimi Saad? Bukan nak singkap sejarah dan kontroversi lama, inilah 8 foto terbaru Ina Naim dan 4 anaknya originally from Dalam Kasih

Masihkah anda ingat dengan Ina Naim dan suaminya Mohd Suhaimi Saad? Bukan nak singkap sejarah dan kontroversi lama, inilah 8 foto terbaru Ina Naim dan 4 anaknya Reviewed by malaysiaisme on 11:41 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.