Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kurangkan guna motosikal untuk elak kemalangan maut

Kurangkan guna motosikal untuk elak kemalangan maut

Kurangkan guna motosikal untuk elak kemalangan maut


GUA MUSANG: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyeru orang ramai agar mengurangkan penggunaan motosikal untuk bersiar-siar bagi mengelakkan kemalangan maut yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah JKJR Abd Ghafar Yusof berkata 62 peratus daripada 6,706 kes kemalangan maut yang berlaku pada tahun lepas membabitkan motosikal.

“Kita mahu perkara ini diberi perhatian kerana jika kita berjaya mengurangkan penggunaan motosikal sebanyak 10 peratus, kita jangka dapat selamatkan 400 nyawa setahun.

“Penggunaan motosikal itu bukan dihalang kerana ada keluarga yang hanya memiliki kenderaan itu sahaja, tetapi penggunaannya boleh dilakukan jika perlu dan dalam keadaan terdesak sahaja bagi mengelak risiko kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, JKJR turut menyumbang sebanyak 60 topi keledar termasuk 30 topi keledar khusus untuk kanak-kanak kepada penunggang motosikal di jajahan tersebut.

Abd Ghafar berkata ibu bapa perlu melengkapkan anak-anak kecil mereka dengan topi keledar bagi mengelak risiko kehilangan nyawa ketika kemalangan berlaku.

“Topi keledar untuk kanak-kanak juga perlu mempunyai tahap keselamatan yang dibenarkan bagi mengelak ia pecah ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya melarang anak mereka yang tidak mempunyai lesen daripada menunggang motosikal. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaKurangkan guna motosikal untuk elak kemalangan maut Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Kurangkan guna motosikal untuk elak kemalangan maut Reviewed by malaysiaisme on 8:55 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.