Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Yayasan Kepimpinan Perdana Jadi Pusat Rancang Jatuh Kerajaan - Najib

Yayasan Kepimpinan Perdana Jadi Pusat Rancang Jatuh Kerajaan - Najib

Yayasan Kepimpinan Perdana Jadi Pusat Rancang Jatuh Kerajaan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Yayasan Kepimpinan Perdana yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad digunakan sebagai pusat merancang menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik dan tidak sah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, adalah wajar bagi kerajaan menghentikan pemberian sumbangan dengan serta-merta.

"Yayasan ini digunakan sebagai pusat merancang untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik dan tidak sah di sisi undang-undang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.

Najib berkata, pihaknya akan meminta pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) mengambil tindakan selanjutnya susulan keputusan terbabit.

"Tidak wajar bagi kita meneruskan sumbangan ini," katanya sambil menegaskan semua kakitangan yayasan itu akan diberi notis pemberhentian dalam masa terdekat.

-Berita Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaYayasan Kepimpinan Perdana Jadi Pusat Rancang Jatuh Kerajaan - Najib Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Yayasan Kepimpinan Perdana Jadi Pusat Rancang Jatuh Kerajaan - Najib Reviewed by malaysiaisme on 8:55 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.