Barisan pengurusan PNB akan buat yang terbaik untuk pelabur

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar beri jaminan bahawa beliau dan pihak pengurusan akan memastikan pengurus dana terbesar negara itu dapat terus memberikan pulangan kompetitif dan mapan untuk tahun-tahun akan datang.
Menurut Abdul Wahid, bagi merealisasikan matlamat itu, PNB akan berusaha melaksanakan pelan strategik bagi tahun 2017 -2022 yang diumumkan pada 24 november lalu.
Abdul Wahid berkata demikian sebagai mengulas prestasi pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Beliau menjelaskan ketidaktentuan ekonomi dunia, pertumbuhan sederhana ekonomi negara dan penurunan harga minyak serta komoditi menyebabkan pasaran saham mengalami pulangan negatif sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Keadaan itu katanya sekali gus menjadi penyebab pulangan pelaburan, ASB menjadi lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun tegasnya pengagihan pulangan ASB tahun ini amat kompetitif berbanding pendapatan dari dividen pasaran saham yang masih memberikan pulangan negatif 1.7 peratus.
Antara pelan strategik PNB untuk tahun 2017 hingga 2022 ialah mengoptimumkan peruntukan aset strategik dan meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik pengurus dana terbesar negara itu.
Abdul Wahid pada masa sama turut berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB.
Ini termasuk pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.
"Saya berjanji akan memanfaatkan pengalaman lebih 28 tahun dalam bidang korporat dan pentadbiran untuk PNB. Ini termasuklah pengalaman dalam menerajui tiga syarikat besar iaitu Kumpulan UEM, TM dan Maybank.
“Saya, Datuk Rahman, barisan pengurusan dan seluruh warga PNB berjanji untuk membuat yang terbaik untuk PNB, para pelabur dan Negara," katanya.
ASB merupakan skim unit saham amanah terbesar pnb dengan jumlah unit 144 billion. - Astro

rePublish Berita Terkini MalaysiaBarisan pengurusan PNB akan buat yang terbaik untuk pelabur Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Barisan pengurusan PNB akan buat yang terbaik untuk pelabur
Reviewed by malaysiaisme
on
1:10 PM
Rating:
No comments: