Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Polis: Bas ekspress mungkin dipandu laju

Polis: Bas ekspress mungkin dipandu laju

Polis: Bas ekspress mungkin dipandu laju

MUAR -  Siasatan awal polis tidak menolak, bas ekspress yang mengorbankan 14 nyawa dipandu laju sebelum terjunam ke dalam gaung setinggi 10 meter di Kilometer 137.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bas ekspress Alison Golden Coach dari JB Sentral ke Terminal Bas Bersepadu, Kuala Lumpur, itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan kerana kesan tayar yang terdapat di atas tanah sejauh 150 meter tanpa kesan brek.

"Bas berkenaan kemudiannya melambung dan terjunam ke dalam gaung sedalam hampir 10 meter sebelum terhenti apabila bahagian depan bas merempuh terowong konkrit di Kampung Jayo.

"Akibat hentakan kuat itu, 13 daripada 30 penumpang dan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

 "Kesemua yang meninggal maut adalah penumpang yang duduk di bahagian depan bas berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, sebentar tadi.

Azman berkata, kemalangan itu telah membabitkan seramai enam lelaki dan lapan wanita termasuk seorang kanak-kanak yang maut, manakala baki 16 penumpang cedera parah dan ringan dikejarkan ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurutnya, lebih 50 pasukan keselamatan dikejarkan ke lokasi membabitkan polis; bomba dan penyelamat; Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan hospital dan operasi menyelamat tamat pada jam 7.30 pagi.

"Polis cuba menghubungi pengurusan bas ekspress berkenaan namun belum mendapat jawapan. Sehingga kini, semua identiti mangsa maut belum dikenal pasti, manakala mangsa yang cedera terdiri daripada tujuh lelaki tempatan; lima lelaki Singapura; dua lelaki Myanmar; seorang wanita Singapura dan seorang wanita belum diketahui identiti.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaPolis: Bas ekspress mungkin dipandu laju Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Polis: Bas ekspress mungkin dipandu laju Reviewed by malaysiaisme on 12:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.