Norway negara paling gembira di dunia
Norway negara paling gembira di dunia
NEW YORK: Norway mengatasi Denmark apabila muncul sebagai negara paling gembira di dunia dalam laporan terbaru yang mengkehendaki semua negara membina kepercayaan sosial dan kesamaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat
Menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2017 yang dikeluarkan oleh Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN), sebuah inisiatif global yang dilancarkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 2012
Negara sub Sahara di Afrika, termasuk Yaman dan Syria dikategorikan sebagai negara paling tidak gembira dari 155 negara yang disenaraikan dalam laporan kali kelima itu
Pengarah SDSN dan penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Jeffrey Sachs dalam satu wawancara berkata, negara paling gembira memiliki keseimbangan dari aspek kemakmuran dan modal sosial iaitu kepercayaan tinggi dalam masyarakat, keyakinan terhadap kerajaan serta bersikap adil
"Objektif utama laporan ini adalah untuk menyediakan kaedah yang boleh diguna pakai oleh setiap kerajaan dalam membantu negara mereka menjadi lebih sejahtera," katanya
Selain Norway, menduduki senarai teratas adalah Denmark, Iceland, Switzerland, Finland, Belanda, Kanada, New Zealand, Australia dan Sweden. Sudan Selatan, Liberia, Guinea, Togo, Rwanda, Tanzania, Burundi dan Republik Afrika Tengah pula menduduki senarai paling bawah
Jerman berada di tangga ke-16 diikuti United Kingdom (19) dan Perancis (31). Amerika Syarikat (AS) pula turun satu anak tangga kepada kedudukan ke-14 berbanding 13 tahun sebelumnya
Sachs berkata, kedudukan AS merosot satu anak tangga berikutan ketidaksamaan, rasa tidak percaya dan rasuah yang berlaku dengan berleluasa
Pendekatan ekonomi yang dilaksanakan Presiden Donald Trump ketika ini akan memburukkan keadaan, katanya
"Saya mahu semua negara mencontohi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain yang melantik Menteri Kegembiraan. Saya mahu kerajaan negara lain bincangkan aspek ini dengan serius dan sedar kesalahan yang mereka lakukan," katanya. - BHarian

rePublish Berita Terkini MalaysiaNorway negara paling gembira di dunia Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Norway negara paling gembira di dunia
Reviewed by malaysiaisme
on
9:43 PM
Rating:
No comments: