Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah

Tiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah

Tiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah

BEAUFORT - Tiga pelajar ditemui lemas di kawasan tali air ketika mengikuti aktiviti kem perkhemahan di sebuah pusat peranginan di Membakut di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Runzee Abd. Thani berkata, mangsa ialah Hafiz Hamizan Rahman, 16; Daniel Norman,16 dan Khuzaimi Zakaran,17. Kesemua mereka merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan.

Menurut Runzee, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kesemua pelajar telah diselamatkan sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

"Bagaimanapun, doktor kemudian mengesahkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Runzee berkata, seramai 120 pelajar dari SMK Putatan mengikuti aktiviti perkhemahan itu bersama 30 guru pengiring.

"Operasi tamat pada 10.40 pagi selepas kita yakin tiada pelajar lain yang terlibat dalam insiden lemas di kawasan itu," katanya. - K! ONLINE

rePublish Berita Terkini MalaysiaTiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tiga pelajar mati lemas ketika menyertai kem perkhemahan sekolah Reviewed by malaysiaisme on 4:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.