Guru meninggal dunia ketika sambutan hari guru
Guru meninggal dunia ketika sambutan hari guru
arwah Nai Zura (kiri) bersama suaminya |
PASIR MAS - Kemeriahan sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib Satu bertukar pilu apabila seorang guru, Nai Zura Mahamad, 43, tiba-tiba rebah dan meninggal dunia.
Mangsa yang merupakan guru Bahasa Melayu, difahamkan mengalami sesak nafas selepas mengadakan persembahan dikir barat bersama rakan-rakannya sempena sambutan hari guru.
Menurut salah seorang guru, Othman Mat Zain,52, berkata, arwah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap malah sangat ceria sepanjang sambutan itu.
"Sebaik sahaja selesai mengadakan persembahan, arwah turun dari pentas dan duduk di kerusi kerana mengalami sesak nafas.
"Tiba-tiba arwah rebah dan sempat dipangku oleh guru-guru lain yang ada berdekatan.
"Kami bawa arwah ke bilik rawatan sekolah dan sempat mendapat rawatan daripada penolong pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Tendong," katanya.
Menurutnya, Nai Zura menghembuskan nafasnya kira-kira jam 12.30 tengah hari. - SH
rePublish Berita Terkini MalaysiaGuru meninggal dunia ketika sambutan hari guru Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Guru meninggal dunia ketika sambutan hari guru
Reviewed by malaysiaisme
on
7:45 PM
Rating:
No comments: