Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Jais keluar arahan gantung ceramah Zamihan

Jais keluar arahan gantung ceramah Zamihan

Jais keluar arahan gantung ceramah Zamihan

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan arahan menggantung  sementara semua kuliah/ceramah yang disampaikan Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin.

Arahan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Haris Kasim berkuat kuasa serta merta.

"Sedia maklum bahawa Zamihan yang juga merupakan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Ibu Pejabat Jabatan Penjara Malaysia sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

"Sehubungan itu, memandangkan beliau kini di bawah siasatan, maka pihak pentadbir masjid dan surau di peringkat akar umbi diarahkan untuk gantung sementara ceramah/kuliah yang disampaikan oleh beliau," katanya.

Terdahulu, polis menahan Zamihan yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam kuliah agama pada Ahad lalu.

Dalam video terbabit, Zamihan juga didakwa membuat kenyataan perkauman tentang masyarakat cina. - S Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaJais keluar arahan gantung ceramah Zamihan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Jais keluar arahan gantung ceramah Zamihan Reviewed by malaysiaisme on 6:10 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.