Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Presiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan

Presiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan

Presiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan

KHARTOUM (Sudan), 11 April (Bernama) -- Presiden Sudan, Omar al-Bashir meletak jawatan dan beliau bersama pengawal peribadinya kini berada dalam tahanan rumah, demikian menurut sumber tentera pada Khamis lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

Sementara itu, unit risikan tentera Sudan telah menahan lebih 100 anggota eksekutif dari parti pemerintah, Parti Kongres.

Antaranya ialah bekas Menteri Pertahanan Abdel Rahim Mohammed Hussein, bekas Naib Presiden Ali Osman Taha dan ketua parti pemerintah Ahmed Haroun.

Anggota tentera juga dikerahkan mengawal sekitar bangunan yang menempatkan stesen televisyen negara dan dilaporkan memasuki bangunan di Omdurman, bandar kedua terbesar di Sudan.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum digantung sementara dan hanya pendaratan pesawat dibenarkan.

Terdahulu, stesen televisyen menyiarkan pihak tentera akan membuat pengumuman penting dalam waktu terdekat.

Ratusan pembangkang pada Rabu berhimpun di ibu pejabat tentera selama lima hari berturut-turut ketika gesaan berterusan penunjuk perasaan supaya Presiden Omar al-Bashir meletak jawatan.

Sejak Sabtu, sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam pertembungan antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.

Sudan dibelenggu kekacauan susulan bantahan besar-besaran sejak Disember lalu, dengan para penunjuk perasaan menuntut Bashir yang telah memerintah sejak 1989, melepaskan jawatannya.

-- BERNAMA

rePublish Berita Terkini MalaysiaPresiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Presiden Sudan Omar al-Bashir letak jawatan Reviewed by malaysiaisme on 7:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.