Perdana Menteri UK, Boris Johnson sah positif COVID-19
Perdana Menteri UK, Boris Johnson sah positif COVID-19
Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson hari ini. mengesahkan beliau positif COVID-19.
Menurut Boris dalam satu pautan terbaharu di Twitter, beliau berkata sudah merasai simptom wabak berkenaan sebelum disahkan positif.Menerusi kemas kini di Twitter, Johnson memaklumkan beliau mengalami beberapa gejala ringan sebelum dinasihatkan menjalani ujian.
Please join me for an important update on #coronavirus #StayHomeSaveLives pic.twitter.com/QSlIOIaYsF
— Boris Johnson #StayHomeSaveLives (@BorisJohnson) March 23, 2020
"Saya mengalami beberapa gejala seperti suhu badan yang sedikit tinggi dan batuk yang berterusan.
"Atas nasihat pegawai perubatan, saya menjalani ujian dan disahkan positif," kata beliau menerusi video yang dimuat naik.
Tambah Johnson, beliau akan terus bekerja namun akan menjalani kuarantin seperti yang sepatutnya.
"Saya akan terus bekerja dan memimpin kerajaan melalui persidangan video dalam usaha kita melawan virus ini," ujar beliau.
rePublish Update Berita MalaysiaPerdana Menteri UK, Boris Johnson sah positif COVID-19 Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Perdana Menteri UK, Boris Johnson sah positif COVID-19
Reviewed by malaysiaisme
on
8:18 PM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
8:18 PM
Rating:

No comments: