Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

PKP: Kedai gunting rambut, dobi dibenar beroperasi

 PKP: Kedai gunting rambut, dobi dibenar beroperasi

PKP: Kedai gunting rambut, dobi dibenar beroperasi

GAMBAR HIASAN
PKP: Kedai gunting rambut, dobi antara 9 sektor yang dibenar beroperasi

Kerajaan mengumumkan pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan diambil menerusi mesyuarat kabinet pada Rabu lalu.

Berikut adalah senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan.

1. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

2. Industri Mesin dan peralatan

3. Industri Aeroangkasa

4. Projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan
(i) Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
(ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
(iii) Kerja-kerja terowong
(iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
(v) Kerja-kerja cerun
(vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
(vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
(viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
(ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
(x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja
(xi) Perkhidmatan profesional yang terlibat dalam industri pembinaan termasuk arkitek, jurutera perancang bandar, juru-ukur tanah, juru ukur bahan, pengurus projek, pengurus fasiliti dan lain-lain berkaitan.

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- (hanya terhad kepada: perkhidmatan berkaitan guaman; perkhidmatan berkaitan minyak & gas; aktiviti aktviti R&D berkaitan COVID19; makmalmakmal ujian bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja.

6.  Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar
(hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7.  Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bermula Isnin, 13 April 2020, dari jam 9 pagi.

Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my
.

rePublish Update Berita Malaysia PKP: Kedai gunting rambut, dobi dibenar beroperasi Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
PKP: Kedai gunting rambut, dobi dibenar beroperasi Reviewed by malaysiaisme on 10:37 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.