Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi)

Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi)

Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi)

Bagaimana cara mengerjakan Solat Tarawih?
Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi)

Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Sunat Tarawih.

Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang.

Panduan cara Solat Sunat Tarawih ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.

Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.

Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.

Tarawih ertinya Istirehat.

Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.

Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.

Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.

Waktu Untuk Mengerjakan

Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.

Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.

Jumlah Rakaat

Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.

Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah.

Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.
Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.

Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.

Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.
Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.

Biasanya Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

Lafaz Niat Solat Tarawih

Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.

Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.

Solat Tarawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

 Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.


Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)

Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:

 Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.

Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.

Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca

Rukun Solat

Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain.

Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.

Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.


Pemilihan Surah

Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih.

Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.

Namun sebagai panduan, saya mencadang surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah:

  1. Surah at-Takatsur (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  2. Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  3. Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
  4. Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali solat (satu salam bagi setiap 2 rakaat), maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.

Nota Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah seperti di bawah:

Doa tersebut adalah:

 Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin. Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.
Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Mengerjakan Solat Sunat Witir Selepas Tarawih Sebagai Penutup

Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.

Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).

Jika kita solat berjemaah di masjid, sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan memberitahu para jemaah dengan lafaz:
Solatul witri asa bakumullah
 Solatul witri asa bakumullah Maksudnya:
Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala

Lafaz niat Solat Witir

1. Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:

 Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala

2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:

 Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
Untuk pemahaman yang lebih lanjut mengenai solat sunat witir, saya sarankan agar anda melihat panduan mengerjakan solat witir ini.

Wirid & Doa Selepas Selesai Solat

1. Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek.
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Yaa latiffu ya kafii ya hafizu ya syafii

Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.

2. Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Yaa latiffu ya wafii ya karimmu antallah

Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

3. Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Laa ilah ha illallah

Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

4. Selesai zikir, kita boleh membaca doa.

Doa adalah bebas.

Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.

Amin, Amin, bijudika amin bimtina nika aamin, ya khairal mas ulin ya Allah, wa ya rahimazzhu aa faa ii wal fuqaraa ii wal walyatama wal masakin. Allahummag tiq riqobana warikoba aaba ii na wa ummahatina wa ajdadina wa jaddatina minannari ajmain. Watub wa zakk wagfu aa man yakulu aminn, aminn, aminn. Wasollohu alaihi wal hamdulillahi rabbil aalamin.


5. Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah.



6. Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua:


Allahumma rabbana taqabbal minna solatana wasiyamana waqiyamana waruku aana wasujudana watakhosyu aana wata dorru aana wata aabbu dana watammim taksii rana ya Allah Ya Allah, birahmatika ya arhamarraa himin, wal hamdululillahi rabbil aalamin.

Dengan itu, selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.

Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.


Membaca Doa Qunut Pada Malam Ke-16

Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.

Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.



Bacaan Doa Qunut dalam rumi:
Allahhumma dinii fiiman hadait,
Wa’aa finii fiiman ‘aafait,
Watawallanii fiiman tawal-laiit,
Wabaariklii fiimaa a’thait,
Waqinii syarramaa qadhait,
Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,
Wainnahu laayadzilu man walait,
Walaa ya’izzu man ‘aadait,
Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,
Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait,
Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,
Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi,
Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

Kelebihan Mengerjakan Tarawih

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim

Penutup: semoga Ramadan ini menjadi bulan terbaik kepada kita untuk beribadah

Ramadhan adalah tetamu yang agung.

Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.

Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai.

Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.

Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadan.

Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.


rePublish Update Berita MalaysiaSolat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi) Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah (Panduan Lengkap Rumi) Reviewed by malaysiaisme on 8:24 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.