Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan

Tak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan

Tak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan

KUALA LUMPUR: Orang ramai tetap tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga dilaksanakan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata larangan itu sudah dilaksanakan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan sebelum ini.

“Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sejak PKP fasa satu dan dua dilaksanakan. Ramadan nanti pun ia tetap tertakluk kepada undang-undang sama.

“Pergerakan rentas sempadan negeri tetap dilarang sepanjang tempoh PKP fasa tiga seperti yang diputuskan masa PKP fasa satu dan dua.

“Bermakna, pergerakan beramai-ramai untuk pulang ke kampung (menyambut Ramadan) juga tidak dibenarkan, memang tidak boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP di Perdana Putra di Putrajaya, hari ini. - BHarian



rePublish Berita Terkini MalaysiaTak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tak dibenarkan balik kampung sambut Ramadan Reviewed by malaysiaisme on 8:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.