Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar

Tiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar

Tiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar


KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memutuskan tiada sebarang bentuk penganjuran bazar Ramadan termasuk tiga konsep baharu yang diperkenal sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi.

"Setelah mengambil kira pelbagai faktor dan situasi semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan tiada apa jua bentuk bazar Ramadan termasuk pandu lalu, bungkus dan panggil serta e-panggilan yang dicadangkan sebelum ini," tulisnya.

Terdahulu, konsep baharu bertujuan membantu peniaga dan penjaja berniaga di bulan Ramadan itu diumumkan Annuar pada sesi Facebook Live KWP pada 8 April lalu.

Pengumuman itu serentak dengan pemakluman keputusan tiada penganjuran bazar Ramadan bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Konsep baharu itu bagaimanapun tidak dipersetujui orang awam yang meminta agar tiada sebarang bentuk bazar Ramadan dilaksanakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19). - Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaTiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tiada bazar Ramadan termasuk konsep pandu lalu, dalam talian: Annuar Reviewed by malaysiaisme on 3:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.