Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening

238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening

238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening



HULU SELANGOR: Seramai 238 individu ditahan polis dalam satu serbuan di hutan Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor pada petang Selasa setelah didapati membina petempatan sementara di kawasan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, jumlah itu merangkumi individu dalam kalangan dewasa, kanak-kanak dan juga bayi daripada kumpulan yang dikenali sebagai Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).
"Hasil pemeriksaan kita dapati kawasan tersebut merupakan hutan yang baru diteroka dan mereka bina petempatan sementara.

"Mereka pasang khemah, dan jalankan semua aktiviti termasuk mandi, masak dan semuanya di situ," katanya ketika sidang media di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada malam Selasa.
Menurut Fadzil, serbuan dibuat sebaik sahaja menerima maklumat berhubung pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan itu pada jam 5 petang Selasa.

 Difahamkan, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki, wanita (77) dan kanak-kanak serta bayi (85) yang berasal dari pelbagai negeri antaranya Kelantan, Pahang, dan Perak.

Tambah Fadzil, buat masa ini polis akan melakukan siasatan lanjut berhubung tujuan mereka membuat petempatan tersebut.

"Kita kumpulkan mereka di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor untuk dokumentasi dan siasatan lanjut.

"Kita juga dah lakukan saringan terhadap mereka yang ditahan dengan kerjasama pihak KKM dan juga JKM," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988. - Astro Awani | Diterbitkan pada April 29, 2020


DPEIN platform orang Islam bebas hutang riba


15 July 2018

KUALA LUMPUR – Masyarakat Islam di negara ini seolah-olah tidak  dapat lari daripada dibebani hutang dan riba walaupun menyedari ia merupakan satu kesalahan dalam agama.

Atas inisiatif itu, Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN) diitubuhkan bagi membawa keluar masalah yang membelenggu umat Islam melalui konsep infaq dan hibah.

Naib Pengerusi DPEIN, Muhammad Nuruddin Amiron berkata, DPEIN merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak sebagai Pengurus Kewangan Kredit Ahli (PKKA) berlandaskan syariah.

“Malah sistem DPEIN lebih baik daripada AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit) kerana memberi kaedah penyelesaian hutang, riba serta kewangan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette semalam.

DPEIN juga melantik pendakwah terkenal, Ustaz Auni Mohamed sebagai penasihat syariahnya.



Sementara itu, menurut satu kenyataan, DPEIN diwujudkan dengan objektif untuk menjadi peneraju dalam memperkasakan ekonomi umat Islam dengan mengambil formula daripada al-Quran dan kajian intensif kira-kira 15 tahun.

“Sasaran DPEIN adalah sekurang-kurangnya membantu tiga juga umat Islam keluar daripada masalah hutang dan riba. Kita harap angka tersebut akan terus meningkat demi menyelamatkan mereka daripada cengkaman riba dan memasuki pasaran umat Islam antarabangsa bermula dari Indonesia,” katanya kenyataan yang sama.

DPEIN juga menawarkan kepada individu dan perusahaan komersial yang menyeluruh untuk mendapat manfaat daripada PKKA dan program perniagaan francais.

Ujarnya, komitmen DPEIN menerusi pengunaan teknologi canggih dalam menjalankan perniagaan telah menguatkan lagi reputasi NGO itu di atas pendekatan dan penyediaan yang selari dengan arus kemodenan.

Katanya lagi, pada masa ini DPEIN memiliki sebanyak 14 cawangan dan berada di setiap negeri dengan pejabat korporat terletak di Setapak Kuala Lumpur dan berhasrat meluaskan empayar ke Indonesia tidak lama lagi.

Setakat ini, DPEIN mempunyai keanggotaan yang terlatih dan berpengetahuan tinggi dengan lebih 54 orang berada di kumpulan pengurusan, 328 pengurus agensi manakala 5,248 lagi merupakan perunding di Malaysia untuk pasaran nusantara.

“Kami percaya, dengan sifat kebergantungan kepada Allah, tawakal dan usaha tanpa putus asa, DPEIN akan berjaya memulih dan memelihara umat Islam daripada cengkaman ekonomi kapitalis sedikit demi sedikit.

“Ia bagi membina kembali ekonomi Islam yang berasakan kepada Baitulmal, berjemaah, infaq, zakat wakaf, sedekah dan lain-lain serta alat transaksi jual beli dengan menggunakan wang yang sebenar,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

KES ULU RENING SELESAI...





Penjelasan Pihak DPEIN - 2 Mei 2020


rePublish Berita Terkini Malaysia238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
238 ditahan bina petempatan sementara di hutan Ulu Rening Reviewed by malaysiaisme on 2:47 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.