Pecat saya pada hari jadi, terima kasih Anwar - Santhara

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara mengucapkan ‘terima kasih’ kepada bekas bosnya dalam PKR kerana memecat beliau pada hari jadinya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim (bawah), a good gentleman. Dia berikan surat penamatan tugas, pemecatan saya (daripada PKR) pada hari jadi saya pada 1 April.
“Itu hadiah hari jadi. Saya ingin ucapkan terima kasih padanya,” kata Santhara dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV pada Khamis.
Beliau berkata demikian setelah ditanya sama ada beliau sudah menyertai Bersatu sebagai anggota bersekutu.
Semakan segera di laman web parlimen menunjukkan beliau sebagai wakil rakyat Bersatu.
Ahli perniagaan 49 tahun itu bertanding pertama kali dalam pilihan raya umum 2018 atas tiket PKR.
Pada 24 Februari Santhara menyertai bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali dan sembilan lagi anggota parlimen yang keluar parti.
Kumpulan itu, bersama Bersatu, PAS, BN dan GPS, menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 29 Mac.
Pada 11 Mac, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Azmin dan pengikutnya menyertai Bersatu.
Santhara berkata enggan mengulas lanjut beberapa soalan politik buat masa ini, khususnya ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Buat masa ini saya tidak mahu cakap apa-apa berkaitan politik parti, saya hanya mahu berkhidmat untuk rakyat,” kata Santhara.
Santhara mempengerusikan Pusat Pengurusan Krisis (CMS) bagi menguruskan hal ehwal PKP di peringkat Wilayah Persekutuan. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaPecat saya pada hari jadi, terima kasih Anwar - Santhara Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pecat saya pada hari jadi, terima kasih Anwar - Santhara
Reviewed by malaysiaisme
on
9:17 AM
Rating:
No comments: