Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pelajar rugi lebih RM86,000 ditipu sindiket pelaburan

Pelajar rugi lebih RM86,000 ditipu sindiket pelaburan

Pelajar rugi lebih RM86,000 ditipu sindiket pelaburan

KUANTAN - Seorang pelajar membuat laporan polis selepas ditipu seorang kenalan di internet berhubung tawaran pelaburan emas tidak wujud sehingga kerugian lebih RM86,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pelajar wanita berusia 23 tahun itu berkenalan dengan suspek melalui aplikasi OMI sejak Julai tahun lalu dan menyertai pelaburan tersebut selepas dijanjikan pulangan lumayan selain wang pelaburan akan dikembalikan.

"Pada 2 Mei lalu, lelaki itu menghubunginya dan meminta mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas yang kononnya dibeli daripada Bank Negara.

"Pada mulanya mangsa enggan melabur tetapi berubah fikiran selepas dijanjikan wang pelaburan akan dikembalikan," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa membuat pindahan wang melalui perbankan internet ke dalam satu akaun bank atas nama seorang lelaki secara berperingkat dalam tempoh 3 hingga 23 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan RM86,270 sebagai modal pelaburan dan denda lewat.

Tambah beliau, selepas bayaran dibuat, suspek terus mendesak mangsa menambah pelaburan menyebabkan mangsa mula curiga.

"Mangsa yang syak ditipu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di sini semalam," katanya.

Beliau berkata, polis percaya suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pelaburan emas tidak wujud bagi mendorong wanita itu memasukkan wang ke dalam akaun milik suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pemilik akaun bank tersebut.

-- Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaPelajar rugi lebih RM86,000 ditipu sindiket pelaburan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pelajar rugi lebih RM86,000 ditipu sindiket pelaburan Reviewed by malaysiaisme on 12:13 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.