Pelakon lelaki didakwa larikan isteri orang ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan serta melarikan isteri orang akan dihadapkan ke mahkamah esok.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff dalam kenyataan di sini hari ini berkata, lelaki berusia 24 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.
"Dia akan didakwa di Mahkamah Ampang pada 9 pagi esok," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan polis menahan lelaki terbabit selepas dia selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung dakwaan menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaPelakon lelaki didakwa larikan isteri orang ke mahkamah esok Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pelakon lelaki didakwa larikan isteri orang ke mahkamah esok
Reviewed by malaysiaisme
on
9:13 PM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
9:13 PM
Rating:

No comments: