Penuntut IPT kerugian RM11,450 ditipu 'polis'

LABUAN - Seorang penuntut universiti kerugian RM11,450 dipercayai ditipu sindiket yang menyamar sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah minggu lepas.
Ketua polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad berkata, penuntut perempuan berusia 21 tahun itu menerima panggilan telefon pada jam 6 petang, 8 Mei lalu daripada dua orang lelaki tidak dikenali menyamar sebagai anggota polis dan pegawai mahkamah Labuan.
Menurutnya, ‘pegawai’ berkenaan memaklumkan bahawa identiti pelajar itu digunakan individu untuk membuka akaun membabitkan kegiatan jenayah dan pengubahan wang haram.
"Suspek meminta pelajar itu memberi nombor akaun bank untuk diperiksa bagi mengelakkan tindakan dikenakan ke atas dirinya.
“Mangsa panik dan menurut sahaja arahan suspek dan segera memberitahu maklumat perbankan dalam talian, seperti nama pengguna dan kata laluan,” katanya.
Katanya, mangsa kemudiannya berasa seperti ada yang tidak kena lalu memeriksa akaun bank dan mendapati berlaku transaksi wang ke akaun lain.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

rePublish Berita Terkini MalaysiaPenuntut IPT kerugian RM11,450 ditipu 'polis' Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Penuntut IPT kerugian RM11,450 ditipu 'polis'
Reviewed by malaysiaisme
on
8:35 PM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
8:35 PM
Rating:

No comments: