Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

"Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir


"Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir

Pendakwah bebas Dai' Farhan telah menceraikan isterinya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali dengan Dr Erin pada 27 April lalu.

Berita dukacita itu telah disahkan oleh Dr Erin di Instagram (IG) dengan menyatakan penceraian itu atas permintaan dirinya sendiri.

"Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Kerana saya tahu pihak sana juga tak boleh move on.

"Perceraian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak ceraikan saya, kejap tak jadi cerai saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan sy. Kejap nak cerai balik.

"Saya tau ustaz pun serba salah. Kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela. Jadi saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya.

"Apa-apa yang saya buat atau saya post adalah atas diri saya sendiri yang hina ini yang baru nak dapat hidayah ni sememangnya tak layak dengan golongan agamawan dan jangan dikaitkan apa-apa dengan ustaz biarla ustaz jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan," tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Erin mendedahkan Farhan sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu kerana tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

"Untuk pengetahuan semua pernah saya post gambar ni dulu tapi saya dipaksa oleh pihak sana jangan post lagi kecuali bila dah bercerai dengan ustaz dan saya ikut dan hormati permintaan belah sana dan saya padam posting tu.

"Sekarang saya nak tunaikan janji saya dan permintaan pihak sana..Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.

"Sebab terlalu sayangkan ustaz saya cakap pada ustaz jom bwk saya balik jumpa mak ustaz dan ex madu saya untuk saya sendiri serahkan ustaz balik pada ex janji ustaz dapat bersama anak-anak dia.

"Saya takpe saya redha jika ini ujian saya untuk kehilangan orang saya sayang dari saya tengok orang saya sayang susah hati rindu anak baik saya mengalah.

"Jadi sejak dari bulan 2 lagi saya sudah tidak mengharapkan apa-apa dari ustaz hanya tunggu masa nak diceraikan je..Dari bulan 2 nak cerai ada ja masalah datang tertunda tunda smpai la saya memang nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi dah tahu mengandung pulak..Saya nekad dengan keputusan saya untuk akhirinya juga," tulisnya lagi.

Nama pasangan ini kontroversi di kalangan media dan umum apabila Farhan mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu. - Gempak.com


rePublish Berita Terkini Malaysia"Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
"Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir Reviewed by malaysiaisme on 8:18 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.