Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Polis tahan 43 individu dalam parti liar

Polis tahan 43 individu dalam parti liar

Polis tahan 43 individu dalam parti liar

KOTA TINGGI: Polis menahan 43 individu tempatan selepas dipercayai mengadakan parti liar dalam serbuan di rumah inap di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, berkata semua 32 lelaki dan 11 wanita yang berusia 15 hingga 25 tahun itu ditahan di rumah inap yang disewa dengan bayaran RM144 satu malam.

Katanya, serbuan dilakukan kira-kira jam 2 pagi oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Penawar dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

"Hasil saringan awal air kencing mendapati 31 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan THC (ganja).

"Siasatan mendapati semua tangkapan berasal dari Kota Tinggi dan juga datang dari daerah berhampiran termasuk Johor Bahru.

"Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Mei," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Kes juga boleh disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Dadah Merbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

"Selain itu mereka juga disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara hingga tempoh enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

-- Berita Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaPolis tahan 43 individu dalam parti liar Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Polis tahan 43 individu dalam parti liar Reviewed by malaysiaisme on 7:27 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.