Tiada ziarah hari raya walau dalam negeri sama

Rakyat Malaysia pada tahun ini tidak dapat melakukan kunjungan muhibah menziarahi satu sama lain sebagaimana kebiasaan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ziarah ini walau pun di dalam kawasan sempadan negeri yang sama, maklum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.
"Seperti diumumkan Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin), kita tidak boleh balik raya, jadi kita beraya di rumah saja dan pakai kain pelikat," kata Ismail menjelaskan persiapan sambutan Aidilfitri, dalam wawancara BH Online, terbit hari ini.
Menurutnya lagi, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.
Walaupun PKP bersyarat - peraturan yang dapat dikuatkuasakan melalui warta persekutuan - akan berakhir pada 12 Mei, Ismail mendedahkan rancangan beliau yang menunjukkan kemungkinan peraturan itu akan dilanjutkan sehingga Hari Raya Aidilfitri, yang jatuh pada 24 Mei, dan seterusnya.
PKP bersyarat mengakhiri sebahagian besar sekatan pergerakan untuk membuka semula kegiatan ekonomi. Bagaimanapun, beberapa sekatan masih berlaku. Sekolah tidak dibenarkan dibuka semula, begitu juga kebanyakan perjalanan antara negeri.
Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia bebas melakukan perjalanan di dalam sesebuah negeri tanpa sekatan atau perintah berkurung.
Ismail pada wawancara BH Online turut mengulas soalan sekiranya solat berjemaah akan dibolehkan tidak lama lagi.
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Zulkifli Mohamad Al-Bakri) berkaitan hal ehwal agama ada membentangkan cadangan tetapi kita belum putuskan apa-apa keputusan mengenainya. Mungkin kita akan bincangkan lebih lanjut di dalam mesyuarat Kabinet.
"Cadangan itu bagaimanapun bukan mahu dilaksana dalam waktu terdekat. Jika mahu dilaksanakan pun seminggu atau dua minggu lagi. Saya kira adalah lebih baik menteri yang berkenaan mengulas mengenainya," jelas beliau lagi.
Mengenai sempadan negara, Ismail berkata kawasan itu yang terakhir akan dibuka dengan nasihat Kementerian Kesihatan.
Sementara itu, Ismail dipetik NST berkata mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) kadang-kadang 'panas' dan perbincangan boleh menjadi "tegang."
"Apa yang mustahak, apabila kami membuat keputusan ia sebulat suara dan dipersetujui oleh semua yang hadir mesyuarat," katanya. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaTiada ziarah hari raya walau dalam negeri sama Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tiada ziarah hari raya walau dalam negeri sama
Reviewed by malaysiaisme
on
2:18 PM
Rating:
No comments: