Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Ustaz Kazim masuk hospital

Ustaz Kazim masuk hospital

Ustaz Kazim masuk hospital

IPOH - Hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias di dalam Facebook beliau mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keadaan kesihatannya.

Dalam satu perkongsian kepada Sinar Harian oleh seorang pembantu beliau, Mohd Kazim pada awalnya mengalami kesukaran untuk tidur sejak dua bulan lalu.

Beliau yang enggan dikenali memaklumkan, kesan daripada itu, Mohd Kazim kemudiannya mengalami sakit belakang dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu lalu.

"Kami telah merujuk beliau ke Poliklinik pada minggu lepas dan doktor memberi diagnosis awal sebagai gastrik atas faktor puasa dan penggunaan ubat jantung.

"Sehingga semalam (Ahad), sakitnya masih tidak berkurangan dan bertambah.

"Disebabkan itu, kami telah merujuk beliau ke Unit Kecemasan salah sebuah hospital di Ipoh," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya, beberapa prosedur ujian telah dilaksanakan dan keputusan ujian tersebut dijangka diperoleh esok.

Beliau berkata, program Facebook Live di laman Facebook Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias masih diteruskan seperti jadual asal dengan menampilkan tokoh-tokoh lain seperti Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Azhar Abdul Latif.

"Buat masa ini, Datuk berada di rumah untuk berehat.

Sebarang lawatan dan ziarah beliau tidak dibenarkan memandangkan situasi negara dalam keadaan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya mohon tuan dan puan yang budiman untuk sama-sama mendoakan kesembuhan Datuk seperti sedia kala," katanya.

Dalam satu hantaran semalam, Mohd Kazim mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya yang memberikan petua untuk tidur.

Hantaran tersebut mendapat lebih 17,000 komen daripada netizen dan lebih 56,000 reaksi. - Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaUstaz Kazim masuk hospital Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Ustaz Kazim masuk hospital Reviewed by malaysiaisme on 4:06 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.