Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Virus corona: 'Kemungkinan COVID-19 tidak akan pernah hilang', kata WHO

Virus corona: 'Kemungkinan COVID-19 tidak akan pernah hilang', kata WHO

Virus corona: 'Kemungkinan COVID-19 tidak akan pernah hilang', kata WHO

WHO minta setiap negara yang mula melonggarkan arahan perintah berkurung sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahap tertinggi
COVID-19 tidak akan hilang - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Rabu, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya.

Ketika beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, WHO mengatakan ia mungkin tidak akan dihapuskan sepenuhnya.


Virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.

"Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.


"Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.


"Seperti jangkitan HIV tidak hilang - tetapi kita telah mengatasi virus ini," katanya pada sidang media maya di Geneva. Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu," kata Ryan.

Justeru, WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.

"Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.


"Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahan tertinggi," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. - AFP


rePublish Update Berita MalaysiaVirus corona: 'Kemungkinan COVID-19 tidak akan pernah hilang', kata WHO Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Virus corona: 'Kemungkinan COVID-19 tidak akan pernah hilang', kata WHO Reviewed by malaysiaisme on 8:42 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.