Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pas umum lantikan AJK baharu 21 Jun

Pas umum lantikan AJK baharu 21 Jun

Pas umum lantikan AJK baharu 21 Jun

KUALA LUMPUR - Pas akan mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Pusat baharu serta biro-biro parti pada 21Jun depan.


Perkara berkenaan disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat Pas.

"Malam ini adalah mesyuarat pertama untuk mengesahkan beberapa cadangan seperti jawatankuasa tambahan dan lantikan lajnah. Perkara-perkara lain kita tidak bincang.

"Bagi lantikan baharu, dalam peruntukan ada enam tambahan jawatan yang akan diumumkan kemudian," katanya.

Ditanya adakah ahli Pas yang kalah sewaktu pemilihan muktamar lalu akan dilantik semula, Tuan Ibrahim berkata, kebiasaannya pihak berkenaan akan dilantik semula menduduki beberapa jawatan.

"Ini prosedur biasa dan kita akan isytiharkan pada 21 ini," katanya.

Ditanya lagi mengapakah pengumuman ahli tersebut mengambil masa yang lama, beliau berkata, itu adalah prosedur biasa.

Diasak lagi dengan pertanyaan mengapakah tidak ada perbincangan mengenai isu memutuskan hubungan dengan DAP pada mesyuarat tersebut, beliau berkata, perkara berkenaan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas.

"Usul itu hanya usul muktamar dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas. Mesyuarat itu saya tidak tahu bila," katanya.

Sementara itu menjawab mengenai kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mengatakan keberadaan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor adalah sesuatu yang pelik selepas memutuskan hubungan dengan DAP, Tuan Ibrahim berkata, Pas masih dalam PR.

"Ia bukan sesuatu yang pelik...Kita (Pas) masih sebahagian dari PR. Kerajaan selangor adalah kerajan PR.

"Kita masih lagi bekerjasama dengan baik di Selangor," jelasnya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaPas umum lantikan AJK baharu 21 Jun Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pas umum lantikan AJK baharu 21 Jun Reviewed by malaysiaisme on 8:35 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.