Speaker Palestin dibebaskan dari penjara Ofer

RAMALLAH - PALESTIN. Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC), Aziz Dweik, dibebaskan dari penjara Ofer di Tebing Barat berhampiran bandar Ramallah selepas membayar denda sebanyak AS$1,565 (RM5,900).
Menurut Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar, Aziz, 67, dijatuhi hukuman penjara setahun dan diperintahkan membayar ribuan ringgit oleh mahkamah Israel 25 Mei lalu, kerana berucap pada sebuah majlis pro rintangan pada tahun 2013.
Susulan hukuman itu, organisasi tersebut mengecam kerajaan rejim Zionis dan menuntut pembebasan segera semua tahanan Palestin yang ditahan di pusat tahanan Israel, terutamanya Aziz.
Aziz diculik tentera Israel di bandar Hebron di Tebing Barat pada 16 Jun tahun lalu, lapor Press TV. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaSpeaker Palestin dibebaskan dari penjara Ofer Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Speaker Palestin dibebaskan dari penjara Ofer
Reviewed by malaysiaisme
on
8:35 AM
Rating:
Reviewed by malaysiaisme
on
8:35 AM
Rating:

No comments: