HUKUM MEMINUM AIR MANI SUAMI YANG WAJIB ISTERI KETAHUI
HUKUM MEMINUM AIR MANI SUAMI YANG WAJIB ISTERI KETAHUI
Perkongsian mengenai hukum meminum air mani suami?
SOALAN: Adakah air mani boleh itu boleh diminum? Sekiranya suami kita menyukainya bolehkah kita sebagai isteri mengikut kemahuannya.
JAWAPAN: Mengadakan hubungan suami isteri (jimak) adalah suatu yang fitrah bagi anak adam yang dilengkapkan dengan nafsu. Di antara matlamat nikah juga adalah menghalal yang haram.
Zina haram manakala persetubuhan selepas nikah adalah halal. Maka persetubuhan juga dikira ibadat. Ini kerana menyalurkan nafsu pada tempat yang halal tanpa menyalahgunakannya juga dikira ibadat. Dalam masa yang sama dapat menyelamatkan diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang terkutuk.
Justeru dalam mengadakan hubungan kelamin adalah dituntut supaya pasangan suami isteri memelihara batasan akhlak di antaranya menutup badan, dimulakan dengan bismillah atau doa dan diakhiri dengan tahmid memuji Allah.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. dengan memberitahu perihal Rasulullah s.a.w ketika melakukan hubungan kelamin: Apabila Rasulullah s.a.w mencampuri isteri-isterinya, Baginda akan menutup kepala. Dalam riwayat yang lain Baginda menutup seluruh badan Baginda ketika mencampuri isteri-isteri Baginda.
Perbuatan meminum air mani suami adalah sesuatu yang tidak berakhlak dan menunjukkan kerakusan di dalam mengadakan hubungan kelamin. Mungkin itu budaya masyarakat Barat dan bukan budaya masyarakat Islam.
Walaupun air mani itu tidak najis tetapi ia keluar daripada saluran yang sama keluarnya air kecil. Maka datangilah isteri dengan cara yang halal. Biarpun jimak itu sesuatu yang memuaskan nafsu tetapi ia boleh menjadi ibadah yang diberkati Allah s.w.t jika dipelihara pada batasannya.
semoga perkongsian ini memberi manfaat..
rePublish Info Berita Viral MalaysiaHUKUM MEMINUM AIR MANI SUAMI YANG WAJIB ISTERI KETAHUI Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Puaka News yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
HUKUM MEMINUM AIR MANI SUAMI YANG WAJIB ISTERI KETAHUI
Reviewed by malaysiaisme
on
11:35 PM
Rating:
No comments: