Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Wang RM2.6b: SPRM akan soal PM

Wang RM2.6b: SPRM akan soal PM

Wang RM2.6b: SPRM akan soal PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyoal siasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung derma yang diterimanya.


Dalam kenyataan dikeluarkan agensi itu hari ini, SPRM juga berkata, mereka sudah mendapatkan penjelasan daripada penderma yang berasal dari Timur Tengah.

Pihak berkaitan, kata kenyataan itu, mengesahkan sumbangan derma berkenaan.

"Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," kata SPRM

SPRM berkata, seperti pernah dinyatakan beberapa kali ebelum ini, siasatan badan penguatkuasa itu tiada kaitan dengan 1MDB, sebaliknya isu itu ditangani oleh polis.

Mengenai sumbangan yang menjadi tumpuan ramai ketika ini, SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti pihak penderma dana RM2.6 bilion Najib.

Dapat penjelasan

Bagaimanapun kata SPRM, pegawai agensi itu memperoleh penjelasan daripada penderma dan butiran pihak terbabit diketahui melalui dokumen yang diambil dari bank.

Kenyataan itu menyebut, ada empat surat diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun Najib.

"Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

"SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.

Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB," katanya.

Hasil perbincangan dengan Peguam Negara Malaysia, SPRM diminta membuat penjelasan mengenai perkara itu sementara siasatan masih dijalankan.

"Sehubungan itu, SPRM juga memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM," kata kenyataan itu.

Jalan siasatan masing-masing

Kenyataan sama juga menjelaskan siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM.

Namun SPRM menekankan, siasatan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International adalah dua perkara berbeza.

"Oleh itu, SPRM menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes disiasat ini telah ditutup, sebaliknya hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB," katanya.

Sementara itu SPRM juga mengesahkan pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini terbubar selepas mendapat nasihat peguam negara.

Kenyataan sama menyebut, agensi yang terlibat dalam penyiasatan isu berkenaan boleh menjalankan tugas masing-masing berdasarkan undang-undang berkaitan.

"Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

"Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya," katanya. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaWang RM2.6b: SPRM akan soal PM Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Wang RM2.6b: SPRM akan soal PM Reviewed by malaysiaisme on 5:43 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.