Tangkapan pegawai jejas siasat SRC, kata SPRM

Tangkapan terhadap penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh pihak polis telah menjejaskan siasatannya terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali.
Ini selepas dua penyiasat SPRM yang terlibat dalam penyiasatan terhadap SRC International, ditangkap polis malam tadi selepas menghadirkan diri di ibu pejabat polis daerah Putrajaya.
Sebanyak RM42 juta daripada RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, berasal dari SRC International.
Sama ada tangkapan tersebut menjejaskan kes yang disiasat oleh SPRM itu, Mustafar (gambar) dalam satu kenyataan lewat malam tadi berkata tindakan polis itu sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran proses siasatan kerana peralatan pegawai itu, seperti komputer riba, dirampas.
Menurutnya, pejabat dan rumah kedua-dua pegawai SPRM itu juga turut digeledah.
Salah seorang daripadanya, kata Mustafar, adalah pegawai penyiasat kes SRC International.
Beberapa pegawai penyiasat SPRM disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zin telah bersumpah untuk mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.
Di bawah Seksyen 48 Akta SPRM, adalah menjadi satu kesalahan untuk menghalang siasatan SPRM. - Mkini

rePublish Berita Terkini MalaysiaTangkapan pegawai jejas siasat SRC, kata SPRM Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Tangkapan pegawai jejas siasat SRC, kata SPRM
Reviewed by malaysiaisme
on
11:21 AM
Rating:
No comments: