Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Selepas pemergian Pak Yus, inilah yang terjadi kepada Kumpulan Jambu dalam Juara Parodi yang sedang berlangsung

Juri tetap Juara Parodi, Afdlin Shauki menjelaskan pelawak Tauke Jambu dan penyanyi Misha Omar belum membuat keputusan sama ada mahu terus bertanding dalam program tersebut.

Afdlin yang juga merupakan penerbit eksekutif Vision Works berkata, Tauke dan Misha diberi kelonggaran sama ada mahu meneruskan persaingan mereka dalam Juara Parodi atau menarik diri.

“Mereka yang berada dalam kumpulan Kobis Pedas bersama Allahyarham Yus Jambu masih belum membuat keputusan sama ada mahu terus berada dalam persaingan Juara Parodi atau sebaliknya,” kata Afdlin.


Tiada sebarang halangan untuk Misha dan Tauke, Afdlin turut menjelaskan pihak produksi memahami situasi yang dihadapi oleh mereka.

“Pihak Astro dan Vision Works sendiri tiada bantahan atas keputusan yang bakal mereka lakukan kelak. Ini kerana, kami faham dengan keadaan Tauke dan Misha yang masih bersedih atas pemergian Allahyarham,” kata Afdlin lagi.

Juara Parodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

Juara Parodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Sumber: akuhebat8385


Selepas pemergian Pak Yus, inilah yang terjadi kepada Kumpulan Jambu dalam Juara Parodi yang sedang berlangsung originally from Dalam Kasih

Selepas pemergian Pak Yus, inilah yang terjadi kepada Kumpulan Jambu dalam Juara Parodi yang sedang berlangsung Reviewed by malaysiaisme on 11:22 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.