Bimbang negara bertukar jadi kerajaan sekular sosialis

ALOR SETAR - Pas bimbang Malaysia bakal diterajui parti yang berpaksikan kepada perjuangan sosialis sekiranya kerajaan sedia ada tumbang pada PRU14.
Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakob berkata, tiada gunanya menjatuhkan kerajaan sekarang, namun pada masa sama menyebabkan parti sekular sosialis memerintah.
"Apa yang dibimbangkan, sebuah kerajaan sekular nasionalis dijatuhkan tetapi diganti pula dengan kerajaan sekular sosialis. Jika itu berlaku, Pas perlu ambil masa 60 tahun lagi untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti dengan kerajaan Islam.
"Saya harap semua memahami tuntutan semasa yang memerlukan kita buat persiapan secukupnya," katanya, ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Ke-56, hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad mahu ahli parti bekerja keras bagi menjadikan Pas sebagai parti pemerintah.
"Ahli Dewan Ulamak perlu mengambil peranan di posisi masing-masing berdepan PRU14 bagi menentukan siapa yang berkuasa di negara ini.
Menurutnya, perbahasan ulama wujud apabila negara Islam yang disekularkan oleh penjajah Barat seperti nasionalisme dan sosialis telah menyempitkan ruang pemerintahan Islam.
"Taktik baru perangi Islam dan lemahkan gerakan Islam adalah mencipta dua versi Islam, iaitu versi ekstremis dan liberal bagi memburukkan Islam pada pandangan masyarakat dunia," katanya. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaBimbang negara bertukar jadi kerajaan sekular sosialis Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Bimbang negara bertukar jadi kerajaan sekular sosialis
Reviewed by malaysiaisme
on
9:43 PM
Rating:
No comments: