Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pas perlu lepas jawatan di Selangor

Pas perlu lepas jawatan di Selangor

Pas perlu lepas jawatan di Selangor

SHAH ALAM - Sekiranya Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad, semua ahli Pas yang mempunyai jawatan dalam Kerajaan Selangor  wajar meletakkan jawatan sejurus selepas keputusan memutuskan hubungan itu dimuktamadkan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak logik bagi Pas memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor.

"Di mana logiknya memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP (sebelum ini) dan kini mahu memutuskan hubungan dengan PKR, tetapi pada masa yang sama terus duduk bekerjasama sebagai sebuah kerajaan di Selangor?

"Sebarang tindakan yang lain dari itu akan memualkan rakyat kerana ruang politik pembangkang akan dilihat banyak berkisar kepada serangan kepada kawan sendiri (termasuk mengisytiharkan bertanding di kerusi-kerusi PKR) sedangkan pada masa yang sama masih mahu menerima habuan dari jawatan yang disandang di Selangor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama turut melahirkan rasa kesal berhubung serangan dan kritikan kasar terhadap Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang Menteri Besar Selangor yang dibuat oleh perwakilan Dewan Ulama Pas semasa perbahasan semalam.

"Saya ambil maklum usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Dewan Ulama Pas dan tidak terkejut jika usul yang serupa akan terus diluluskan sepanjang berlangsungnya Muktamar Pas pada hari ini.

"Pas juga menzahirkan secara jelas tanpa berselindung untuk memimpin beberapa negeri termasuk Selangor yang kini diterajui PKR.Sebarang keputusan Pas yang bakal diambil adalah hak Pas dan PKR akan menghormatinya," katanya lagi.

Perwakilan Dewan Ulama Pas Selangor semalam memberi 'nasihat' kepada Mohamed Azmin agar tidak bermulut celupar dengan menghina ulama.

Menurut Nik Bakri Nik Mat, beliau berkata demikian sebagai merujuk tindakan Azmin sebelum ini yang menggelar seseorang sebagai 'tok lebai yang kalah tersungkur'. - SH

rePublish Berita Terkini MalaysiaPas perlu lepas jawatan di Selangor Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pas perlu lepas jawatan di Selangor Reviewed by malaysiaisme on 3:23 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.