Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Pembantu peribadi berusia 23 tahun sedia jadi suami Vida

Pembantu peribadi berusia 23 tahun sedia jadi suami Vida

Pembantu peribadi berusia 23 tahun sedia jadi suami Vida

KUALA LUMPUR – Pengurus peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, sedia bergelar suami kepada jutawan kosmetik tersebut sekiranya mereka ditakdirkan mempunyai jodoh.


Malah ibu Ahmad Iqbal, Maznuni Che Yusof juga difahamkan sudah memberi restu sekiranya hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin.

“Saya suka dan selesa bersama beliau. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk mengatakan soal berkaitan jodoh kerana ia adalah ketentuan Allah,” ulas Iqbal sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

Lelaki kelahiran Kelantan itu juga sedar mengenai jurang usianya dengan Vida iaitu 23 tahun. Vida kini berumur 46 tahun.

Namun, itu bukan penghalang buat mereka menjalin hubungan baik. Akui Iqbal, Vida pernah menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang matang walaupun baru berusia awal 20-an.

“Saya bersedia menjadi suaminya kalau ada jodoh, namun saya juga bersedia andai dia dijodohkan dengan lelaki lain yang lebih layak dengannya. Saya tidak mahu orang fikir saya ingin mendampinginya disebabkan harta,” kata Iqbal. - Kosmo

rePublish Berita Terkini MalaysiaPembantu peribadi berusia 23 tahun sedia jadi suami Vida Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pembantu peribadi berusia 23 tahun sedia jadi suami Vida Reviewed by malaysiaisme on 2:41 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.