Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Siasatan kes KP SPRM dipantau

Siasatan kes KP SPRM dipantau

Siasatan kes KP SPRM dipantau

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas untuk memantau siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pihaknya te­lah menerima banyak pertanyaan daripada orang awam dan pihak media berkaitan dengan laporan polis yang telah dibuat terhadap Dzulkifli.

“Memandangkan keseriusan tuduhan yang boleh menjejaskan integriti KP SPRM, Jabatan Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas pada Isnin lalu untuk memantau siasatan kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan kesalahan lain yang berkaitan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan terdapat individu membuat laporan polis selepas menonton satu rakaman klip video di laman YouTube yang mendakwa terdapat hubungan sulit pegawai kanan SPRM itu bersama seorang wanita. - Kosmo

rePublish Berita Terkini MalaysiaSiasatan kes KP SPRM dipantau Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Admin yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Siasatan kes KP SPRM dipantau Reviewed by malaysiaisme on 2:41 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.