Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid

7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid

7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid

Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.
7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus COVID-19  yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.

Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.


Pegawai pencegahan COVID-19  Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun.

"Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.

"Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.

"Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala," katanya.

Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid.

Keluarga itu dilaporkan dirawat di Hospital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.

Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.

Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.


Setakat ini, 16,006 sudah dijangkiti wabak itu di Indonesia dengan 1,043 kematian dan kes aktif 11,445.


rePublish Update Berita Malaysia7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
7 sekeluarga dijangkiti COVID-19 akibat terawih di masjid Reviewed by malaysiaisme on 4:06 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.