Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Maut dirempuh kereta lawan arus

Maut dirempuh kereta lawan arus

Maut dirempuh kereta lawan arus

BUKIT MERTAJAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 10.35 pagi itu, kereta Produa Myvi itu dikatakan merempuh dua buah motosikal di laluan berkenaan.

Akibat rempuhan berkenaan, seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Muhamad Hafiz Bakri, 31, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa, Lim Kar Tian, 34, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis masih mengesan pemandu Produa Myvi berkenaan yang didapati tiada di lokasi ketika kejadian.

"Mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

"Seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shafee berkata, usaha mengesan pemandu Produa Myvi berwarna putih itu giat dijalankan dan polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- Sinar Harian



rePublish Berita Terkini MalaysiaMaut dirempuh kereta lawan arus Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Maut dirempuh kereta lawan arus Reviewed by malaysiaisme on 9:35 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.