Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Akhirnya Warga Asing Di Masjid India Di Gempur

Akhirnya Warga Asing Di Masjid India Di Gempur

Akhirnya Warga Asing Di Masjid India Di Gempur



Ratusan warga asing di sekitar kawasan Masjid India, di sini di gempur Jabatan Imigresen (Imigresen) hari ini.

Serbuan mengejut itu dijalankan sekitar jam 9.30 pagi selepas hampir 300 pegawai dan anggota Imigresen mengepung kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India.

Operasi mengesan warga asing ini dikatakan mudah dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempur dipasang kawat duri berikutan perintah PKPD.

Sekitar jam 12.30 tengah hari, anggota Imigresen didapati membawa keluar sebahagian besar warga asing dari Masjid India yang sudah diperiksa dan berkemungkinan mereka yang mempunyai pelbagai jenis kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Difahamkan operasi berkenaan tertumpu kepada individu yang tinggal di Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India.

Operasi diketuai Imigresen itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sehingga jam 1.45 tengah hari tadi operasi masih berjalan dan tiada sebarang kenyataan dikeluarkan Imigresen setakat ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dilihat berada di lokasi serbuan.

rePublish Berita Terkini MalaysiaAkhirnya Warga Asing Di Masjid India Di Gempur Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Akhirnya Warga Asing Di Masjid India Di Gempur Reviewed by malaysiaisme on 3:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.