Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Lupakan Raya Perjalanan Pulang ke Kampung, Rentas Sempadan Semasa Aidilfirti Tidak Dibenarkan

Lupakan Raya Perjalanan Pulang ke Kampung, Rentas Sempadan Semasa Aidilfirti Tidak Dibenarkan

Lupakan Raya Perjalanan Pulang ke Kampung, Rentas Sempadan Semasa Aidilfirti Tidak Dibenarkan

Raya kat bandar sudahlah | Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia lengkap memakai topeng muka menunjukkan plakad peringatan untuk kekal di rumah ketika memulakan tugasan membantu polis dalam sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar ibu kota pada 22 Mac 2020.
Perjalanan rentas negeri termasuk pulang raya tidak dibenarkan

Kerajaan memutuskan perjalanan rentas sempadan negeri termasuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri masih tidak dibenarkan kepada mana-mana rakyat negara sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan bermula 4 Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran perjalanan rentas sempadan negeri itu bagaimanapun dikecualikan untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.


"Selain itu, majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.


"Aktiviti keagamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,"katanya pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial di Bangunan Perdana Putra hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dibuka.

"Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.


"Senarai ini akan disemak dari masa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19),"katanya.


rePublish Update Berita MalaysiaLupakan Raya Perjalanan Pulang ke Kampung, Rentas Sempadan Semasa Aidilfirti Tidak Dibenarkan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Lupakan Raya Perjalanan Pulang ke Kampung, Rentas Sempadan Semasa Aidilfirti Tidak Dibenarkan Reviewed by malaysiaisme on 2:22 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.