Anwar: Azmin angkuh, takbur, anggap dirinya terbaik

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata ugutan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali terhadap beberapa kerajaan negeri yang enggan melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai angkuh dan takbur.
Malah, kata Anwar beliau juga tidak faham dengan tindakan Azmin.
"Ini menteri (kanan ekonomi) ini mewakili apa? Korporat, industri ke apa?
"Apa salah runding? Runding dengan mereka dan kalau mereka minta tangguhkan tak akanlah ada menteri besar atau ketua menteri dia tak peduli masalah pengangguran, masalah pekerjaan. Dia (menteri besar/ketua menteri) fikir masalah kesihatan dan keselamatan.
"Tapi, bila tak setuju macam sekarang ini, lapan negeri tak setuju dengan keputusan persekutuan, ugut. Bukan sahaja ugut, suruh syarikat saman kerajaan (negeri).
"Ini...saya tak faham, ini melambangkan angkuh, sikap takbur, menganggap pandangan dia terbaik sampai tak mahu berunding dengan negeri-negeri.
"Padahal kita ada bidang kuasa masing-masing. Sepatutnya panggillah, ini masalah negara, masalah Covid-19, masalah penangguran, nak menjana pertumbuhan ekonomi. Bukan orang tak reti, orang tahu. Tak kerja kena bagi pekerjaan,” kata presiden PKR itu dalam sesi siaran langsung di Facebook hari ini.
Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Azmin bahawa kerajaan negeri kemungkinan berdepan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak industri jika ekonomi tidak dibuka semula di bawah PKPB. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaAnwar: Azmin angkuh, takbur, anggap dirinya terbaik Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Anwar: Azmin angkuh, takbur, anggap dirinya terbaik
Reviewed by malaysiaisme
on
9:18 PM
Rating:
No comments: