PH terbuka terima Bersatu semula, kata Anwar

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka jika Bersatu berhasrat untuk menyertai gabungan itu semula.
Bagaimanapun, Anwar mengingatkan Bersatu perlu patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori PH.
“Itu keputusan yang harus dibuat Bersatu. Ada dua Bersatu sekarang, keputusan harus dibuat sebagai satu parti dan PH mengambil sikap terbuka.
"Tapi harus patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori dalam PH, termasuk sistem menolak sistem korup dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu,” katanya dalam siaran langsung di Facebooknya hari ini.
Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Mukhriz kelmarin yang menggesa Bersatu untuk bersama Pakatan Harapan sekali lagi.
Mukhriz dalam kenyataannya sebelum ini berkata peluang terbaik Bersatu adalah bersama PH kerana parti itu perlu bersaing merebut sokongan pengundi Melayu, sama seperti Umno dan PAS pada pilihan raya umum akan datang.- Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaPH terbuka terima Bersatu semula, kata Anwar Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
PH terbuka terima Bersatu semula, kata Anwar
Reviewed by malaysiaisme
on
8:48 PM
Rating:
No comments: