Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan

Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan

Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan

JOHOR BAHRU - Long Tiger yang menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung dalam Facebook sebelum ini ditahan pihak polis semula semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun yang merupakan pemastautin sementara dari Myanmar itu ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di IPD Muar pada jam 5.45 petang.

"Long Tiger telah ditangkap semula bersabit satu lagi kes yang baharu dilaporkan di daerah Tangkak melibatkan elemen pemerasan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

"Permohonan reman sudah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan majistret telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari sehingga 5 Mei," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selasa lalu IPD Tangkak menahan Long Tiger dan ditahan reman selama lima hari atas kesalahan memfitnah seorang pegawai polis dari IPD Tangkak.

Siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan gengster dan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau membabitkan kes ugutan jenayah pada 2009 selain kes culik dan kes rogol pada tahun 2012, yang kesemuanya sudah disabitkan kesalahan. - Sinar Harian

rePublish Berita Terkini MalaysiaLong Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Long Tiger ditahan semula terlibat kes pemerasan Reviewed by malaysiaisme on 12:47 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.