Restoran tanpa norma baharu Bahaya!
Restoran tanpa norma baharu Bahaya!
Norma baharu selepas PKP, bersediakah kita?
AKHIR-akhir ini kita sering berbicara tentang norma baharu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti juga yang diungkap oleh Perdana Menteri kita. Ramai juga yang berharap selepas sahaja PKP ditamatkan, kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Rangkaian virus Covid-19 boleh dihentikan, tetapi untuk melawan virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada vaksin penawarnya . Jadi kita masih belum selamat. Kita semua mungkin akan menjalani kehidupan dengan norma baharu selama kira-kira 6 bulan hingga setahun lebih. Norma baharu bakal wujud di dalam keadaan di mana kita bakal bebas dari PKP namun masih dalam keadaan terkawal, ianya atas risiko ditanggung sendiri yang lebih baik jika diberi garis panduan bagaimana untuk menghadapinya.Lepas kena report, baru reda sikit.
Petanda banyak kluster baru akan muncul tak lama lagi, kalau ginilah gaya rakyat Malaysia.
Walaupun kes Covid-19 mungkin menjadi sifar kelak tetapi terdapat kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula seperti yang berlaku di negara China. Walaupun kita akan bebas keluar seperti biasa kelak tetapi demi mengawal penularan semula ada beberapa saranan yang perlu diamalkan.
Antaranya disarankan:
1)masih mengamalkan penjarakan sosial pada jarak 1 meter.Tidak perlu berjabat tangan dan berpeluk
-peluk ketika bertemu dan berpisah.
2)keluar rumah bila keadaan memerlukan sahaja contohnya untuk bekerja, membeli barang keperluan juga berurusan dengan kemudahan penting. Terus pulang ke rumah selepas waktu
bekerja.
3)tidak dibenarkan atau digalakkan menghadiri atau mengendalikan majlis yang melibatkan perkumpulan ramai orang seperti majlis kahwin, konvensyen, ceramah, konvokesyen dan sebagainya.
4)tidak keluar negara untuk beberapa tempoh, sehingga negara-negara terbabit atau satu dunia bebas dari Covid-19. Bila agaknya satu dunia akan bebas dari Covid-19? Dikatakan ini mungkin mengambil masa 1-2 tahun.
5)tidak digalakkan untuk bercuti, berlegar di pusat membeli-belah, pawagam mahupun pasar borong.
6)sentiasa mengamalkan kebersihan sendiri dengan menggunakan pencuci tangan, penutup muka jika perlu, menutup muka dan mulut jika bersin.
7)tidak digalakkan melepak di warung , kedai mamak, restoran, restoran makanan segera dan sebagainya. Tiada lagi tontonan bolasepak secara langsung di premis makanan.
Maka apa yang akan berlaku seterusnya?
1 – Pemilik bisnes mikro juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .Kilang pengeluar sebagai contoh mengurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja.
2- Sektor perhotelan seperti resort dan kelab golf , taman tema, tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi.
3- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja.
4- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas. Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil? Adakah bank akan sanggup beri hutang dalam keadaan seperti ini?
5- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas. Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan.
6- Bagaimana dengan sekolah, kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat penjarakkan. Kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat. Namun usaha belajar secara maya yang secara dasarnya dilihat bagus, bakal membuka jurang antara mereka yang berkemampuan dan tidak mampu bersaing dari segi keperluan komputer dan jalur lebar.
7- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai permintaan yang tinggi kepada bahan farmasi dan perubatan.
8-Rakyat akan mula berjaga-jaga, mengelakkan risiko jangkitan dan lebih peka dengan kebersihan diri sendiri.
9- Bidang hartanah akan berada dalam keadaan ekonomi yang merosot tertutama bagi mereka yang tiada pendapatan tetap.Peniaga samada besar atau kecil juga terkesan, jadi siapakah yang mampu membeli hartanah ketika itu?Perniagaan perabot juga akan terkesan. Siapa yang mahukan perabot
baru di kala pendapatan bulanan tidak menentu? Dan banyak lagi kesan ekonomi yang akan berlaku.
Selepas tamat waktu PKP, ianya bukanlah titik noktah kerana vaksin untuk Covid-19 masih belum lagi ditemui. Oleh itu risiko jangkitan dan kematian masih tinggi. Tempoh enam bulan yang akan datang, adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar di mana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk
mengharungi fasa pemulihan ekonomi.
Saranan untuk rakyat:
1-Berjimat sebaik mungkin.Perbanyakkan simpanan dan simpanlah selagi boleh.
2-Hidup dalam bersederhana dari segi makanan, pakaian dan sebagainya.Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja. Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah di luar. Sebaiknya masak di rumah lebih menjimatkan.
3- Jimatkan pengunaan elektrik dan air.
4- Tangguh dahulu pelan percutian sehingga pendapatan mula stabil.
5- Jangan membazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan.
6-Kurangkan penggunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak.
7-Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Pinjaman pun sukar lulus barangkali dan haruslah diingat bahawa belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal.
Berikut adalah beberapa saranan sahaja bagi memastikan kelangsungan kita dalam tempoh 6 bulan-12 bulan akan datang.
Norma baharu selepas PKP adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi. Yang pastinya bukan mudah, tetapi adalah untuk keselamatan nyawa,harta dan masa depan kita sendiri.Haruslah diingat untuk tempoh ini wang tunai adalah raja.Jimatlah sebaik mungkin .Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu. Marilah kita berdoa agar vaksin virus Covid 19 ini dapat dijumpai dengan segera , kemudian barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu.
rePublish Update Berita MalaysiaRestoran tanpa norma baharu Bahaya! Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Restoran tanpa norma baharu Bahaya!
Reviewed by malaysiaisme
on
10:32 PM
Rating:
No comments: