Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Negeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri - Azmin

Negeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri - Azmin

Negeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri - Azmin

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan negeri kemungkinan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak industri jika ekonomi tidak dibuka semula di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat.

Azmin menegaskan bahawa keputusan kerajaan persekutuan membuka semula ekonomi adalah sah dari segi undang-undang.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Akta 342 yang telah dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara, kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak, khususnya dari pihak industri.

"Akta 342 telah digubal dan dikuatkuasakan mulai 1 April 1989 berikutan persetujuan negeri-negeri pada masa itu termasuklah Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu undang-undang yang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa di seluruh negara," katanya merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Azmin turut menyorot gesaan beberapa NGO, termasuk Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh menghalang mana-mana syarikat untuk memulakan operasi bermula 4 Mei.

Azmin menjadi tumpuan kritikan pihak yang melihatnya sebagai bertanggungjawab atas "kegagalan" susulan beberapa negeri tertentu enggan mematuhi keputusan kerajaan persekutuan membuka semula ekonomi.

Keputusan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab serta didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad," kata Azmin.

Azmin menambah bahawa hasil kajian berhubung keputusan itu telah dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April.

Berdasarkan perbincangan itu, katanya, kerajaan negeri sedar bahawa sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedia ada dilanjutkan sehingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3 peratus KDNK.

"Keadaan ini akan menghapuskan kemajuan ekonomi yang telah dicapai sepanjang empat tahun yang lalu.

"Sehubungan dengan itu, mesyuarat ini telah bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei," katanya.

"Dakwaan bahawa Kerajaan memulakan semula (restart) ekonomi dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya lagi. - Malaysiakini

rePublish Berita Terkini MalaysiaNegeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri - Azmin Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Negeri enggan buka semula ekonomi boleh disaman pihak industri - Azmin Reviewed by malaysiaisme on 9:47 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.