Pengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa mulai 4 Mei

PUTRAJAYA: Mulai 4 Mei (Isnin), semua perkhidmatan pengangkutan awam akan kembali beroperasi seperti sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Berikutan keputusan kerajaan untuk membuka semula ekonomi negara secara berperingkat, beliau berkata beberapa panduan berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam akan dikuatkuasakan mulai 4 Mei bagi memudahkan perjalanan orang ramai ke tempat kerja dan membolehkan syarikat terbabit beroperasi dengan baik.
"Semua penumpang dan kakitangan dalam perkhidmatan pengangkutan awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa berikutan PKP masih lagi dikuatkuasakan dan belum ditamatkan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata memandangkan lebih ramai pengguna akan berada di stesen dan perhentian atau terminal berikutan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pengendali pengangkutan awam diarahkan mengambil langkah pencegahan sewajarnya.
Ini termasuk memastikan jarakan selamat diamalkan, pensanitasi tangan mudah diperoleh dan kerap menjalankan sanitasi di tandas awam, tempat duduk serta tempat yang sentiasa disentuh orang ramai, katanya.
"Pengguna pengangkutan awam diingatkan supaya mematuhi semua garis panduan jarak selamat sekurang-kurangnya satu meter selagi mana ia boleh dilaksanakan. Gunakan kaedah tanpa sentuhan ketika berurus niaga jika boleh," katanya.
Wee juga menasihatkan pengguna supaya mematuhi peraturan tambahan yang ditetapkan pengendali pengangkutan awam, sekiranya ada.
"Penumpang dan kakitangan pengangkutan awam juga digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut serta pensanitasi tangan sebelum dan selepas menggunakan pengangkutan awam," katanya.
Beliau turut mengingatkan individu yang mempunyai suhu badan tinggi agar tidak menggunakan pengangkutan awam dan segera menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan terdekat.
Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya akan terus meningkatkan pemeriksaan kesihatan di stesen pengangkutan awam secara berkala.
Wee berkata garis panduan kesihatan untuk perkhidmatan pengangkutan awam juga boleh diguna pakai oleh pekerja di bahagian logistik.
Beliau berkata operasi sektor darat digalakkan menggunakan mod pengangkutan kargo melalui rel dan bukannya pengangkutan jalan raya seperti pemindahan antara terminal, selagi boleh.
"Kenderaan seperti lori perlu disanitasi dengan kerap dan para pemandu juga perlu sentiasa mengamalkan jarakan selamat ketika berada di tempat kerja," katanya.
Wee juga memaklumkan setakat ini, operasi untuk kapal persiaran tidak dibenarkan. - Astro Awani

rePublish Berita Terkini MalaysiaPengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa mulai 4 Mei Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Pengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa mulai 4 Mei
Reviewed by malaysiaisme
on
2:17 AM
Rating:
No comments: