Top Ad unit 728 × 90

PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Polis kurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin

Polis kurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin

Polis kurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin ini dan akan memfokuskan penguatkuasaan pematuhan jarak sosial selain mengekang kemasukan pendatang tanpa izin serta kegiatan penyeludupan.

Ini berikutan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan hari ini yang memberikan beberapa kelonggaran berbanding PKP.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata beberapa lokasi sekatan jalan raya akan turut diubah ke lokasi yang didapati menjadi laluan kemasukan pendatang tanpa izin dan kegiatan penyeludupan.

"Selaras dengan arahan terbaru kerajaan ini juga, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia akan meningkatkan kawalan ke laluan utama yang dikenal pasti digunakan oleh tekong-tekong (pengendali penyeludupan manusia) untuk membawa masuk pendatang tanpa izin.

"Laluan tersebut akan diperkuatkan dengan sekatan jalan raya baru yang dikawal ketat bagi memastikan penyebaran dan penularan wabak Covid-19 ini dapat dikekang selaras dengan arahan PKP ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Hamid berkata PDRM menyambut baik keputusan kerajaan untuk membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semasa PKP dilaksanakan namun akan terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti bagi memastikan amalan jarakan sosial dipatuhi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini, berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan syarat mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan luar seperti bermain badminton atau tenis tanpa penonton, joging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan jarakan sosial.

- Bernama



rePublish Berita Terkini MalaysiaPolis kurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Unknown yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme.
Polis kurangkan sekatan jalan raya mulai Isnin Reviewed by malaysiaisme on 2:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Malaysia is Malaysia © 2014 - 2015
Moderated By HT-Team Powered by 1Malaysia

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.